nuffnang

shaklee product

Wednesday, October 15, 2014

RESEPI : sihat dan segar kala berpantang

hi jom nak share sikit resepi untuk momy dlm pantang :)

1. IKAN PANGGANG HALIA MUDA

  •  Bahan A
    • 2 potong ikan tenggiri
    • 1 biji limau kasturi- diambil jusnya
    • serbuk kunyit secukupnya
    • garam secukup rasa
  • Bahan B
    • sepotong halia muda (*anggaran sebesar hujung ibu jari)
    • 1 labu bawang besar
    • 4 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih 
    • minyak masak secukupnya
  •  CARA PENYEDIAAN :-
    • lumur bahan A pada ikan seketika kemudian panggang sehingga masak
    • panaskan minyak tumis kesemua bahan B yang telah dihiris sehingga masak kemudain taburkan ke atas ikan yang telah di panggang tadi :) SIAP 

2. IKAN BILIS BERKUNYIT



  •  Bahan-Bahan
    • ikan bilis
    • kunyit-dikisar halus
    • lada hitam
    • minyak masak
  • Cara Penyediaan
    • goreng ikan bilis dan tos minyaknya
    • tumbuk kasar ikan bilis bersama lada hitam
    • dalam kuali berasingan tumis kunyit yang dikisar tadi
    • campurkan ikan bilis yang ditumbuk tadi
    • sedia dimakan bersama nasi panas-panas :)
3. LOBAK PUTIH TUMIS KERING

  • Bahan-bahan 
    • 1/2 batang lobakputih  -dikerat
    • sedikit daun kucai
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 ulas bawang merah
    • 1/2 sudu lada hitam
    • sedikit air 
    • garam secukup rasa
  • Cara Penyediaan 
    • rebus lobak putih sehingga empuk
    • dalam periuk lain didihkan sedikit air kemudian masukkan kesemua bahan kecuali garam
    • kemudian masukkan lobak dan garam
    • sedia dimakan 
4. kerabu pegaga

  • Bahan-bahan
    • 6 -10 cekak daun pegaga dihiris kasar
    • sedikit halia muda
    • kunyit dihiris
    • sesudu besar lada hitam
    • air asam jawa
    • garam secukup rasa
  • Cara Penyediaan
    • satukan kesemua bahan didalam mangkuk kecuali air asam jawa dan garam
    • masukkan air asam jawa mengikut kelembapan yang anda ingini
    • perasakan dengan garan.. siap
SEDIKIT INFO/FAKTA 
  • isi ikan sangat digalakkan sebagai menu pantang tetapi elakkan ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, atau sembilang. dikhuatiri ia boleh menyebabkan isa pada pintu rahim.
  • ikan masin atau ikan kering dilarang dimakan ketika tempoh berpantang kerana ia boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk.
  • sayur-sayuran menjalar, sejuk  serta berangin seperti kagkung timun keladi, pucuk ubi, labu dan kacang panjang dtidak digalakkan dimakan dalam tempoh berpantang
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SELAIN PEMAKANAN SIHAT IBU BERPANTANG JUGA TURUT MENGAMALKAN JAMU/ SET BERPANTANG AGAR MEMULIHKAN KEMBALI KESIHATAN SERTA TUBUH BADAN IBU TERSEBUT. DI PASARAN TERDAPAT PELBAGAI PILIHAN SET BERPANTANG BAIK TRADISIONAL MAHUPUN MODEN. TERPULANG KEPADA PILIHAN ANDA..

NUTRICHAIN TURUT MENAWARKAN SET BERPANTANG UNTUK IBU BERPANTANG. 
KLIK DISINI UNTUK KETERANGAN LANJUT MENGENAI SET BERPANTANG YANG KAMI TAWARKAN :set berpantang

CALL SMS WHATSAPP 0196629438 UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN :)

No comments:

Post a Comment