nuffnang

shaklee product

Wednesday, July 23, 2014

NutriChain: Bengkel Nutrisi Shaklee Melaka

NutriChain: Bengkel Nutrisi Shaklee Melaka: Hai helllo just nk tepek gambar bengkel nutrisi shaklee yg nutrichain join last saturday kat Bayview hotel melaka seriously byk sgt inf...

Tuesday, July 22, 2014

10 sebab kenapa anda perlukan multivItamin


1.NUTRIEN YG CUKUP KETIKA MENURUNKAN BERAT BADAN
 biasa kan dengar bile proses menurunkan berat badan orang akan kurangkan pengambilan makanan or kawal kuantiti yang diambil... yes ini cara yang betul untuk mengurangkan berat bdan bukan secara berlapar.. tetapi dalam mengurangkan kuantiti kadang-kadang kita terlupa tentang kepentingan nutrian yang harus dibekalkan kepada badan kita... pemilihan makanan yang salah akan mengakibatka kekurangan bekalan nutrien ini.. jesteru untuk memastikan bekalan nutrien yang cukup dibekalkan kepada badan kita disarankan mengambil sebiji multi vitamin untuk cover balik nutrien yang tidak mencukupi tu...



2.KESIBUKAN
gaya hidup sekarang buatkan manusia sibuk dengan urusan lain selain memikirkan kesihatan... lebih-lebih lagi dengan gaya hidup sibuk di zaman moden menyebabkan corak pemakanan yang tidak seimbang terutamanya jika anda sering makan di luar dan jarang memasak dirumah..


3.NUTRISI TERMUSNAH AKIBAT DIMASAK
haba merupakan faktor yang menyebabkan satu-satu vitamin ini terurai...
vitamin boleh bekerja pada suhu badan sekitar 35 darjah celcius. lebih dari suhu tersebut ia akan termusnah
oleh yang demikian belum tentu 100% vtamin yang terkandung dalam makanan yyang diambil boleh dibekalkan kepada badan kita

4.STRESS
kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting lumrah keranan tekanan

5.KUALITI MAKANAN YANG SEMAKIN RENDAH
kualiti sayuran dan buah-buahan sekarang tidak setanding zaman dahulu..
sayuran dan buah-buahan sekarang terlalu dimanjakan dengan bahan kimia yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung didalamnya

6.PENCEMARAN ALAM SEKITAR
kepesatan pembangunan dan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberpa dekad yang lau. saban hari kesihatan tubuh badan kita kian terancam

7.TABIAT MEMILAH MAKANAN
terdapat individu yang terlalu memilih dalam pemilihan makanan.. contoh x makan sayur.. x makan seafood... setiap makanan itu mengandungi nutrisi-nutrisi tertentu.. terlalu memilih akan mengakibatkan nutrien yang dibekalkan tidak mencukupi..


8.TAHAP PENYERAPAN NUTRIEN YANG RENDAH
tidak semua individu mampu menyerap nutrisi dengan baik... terutama nya golongna yang sudah berumur... supplemen multivitamin mampu membantu dalam memastikan bekalan vitamin n mineral kepada tubuh sentiasa mencukupi

9.HARGA YANG MURAH
harga sebiji multivitamin tidak sampai RM 1 pun untuk kos sehari
sebagai contoh VITALEA SHAKLEE Retail price :RM88.75/120capsule
sehari anda hanya perlukan sebiji vitalea sahaja
sebiji vitalea berharga  = RM88.75/120
                                  =RM 0.74 sahaja 
** sebotol VITALEA SHAKLEE tahan untuk tempoh 3 bulan
**sebulan anda hanya peruntukan  RM 29.58 sen untuk multivatamin anda



10.ROLE MODEL 



semua orang kenal kan TUN DR MAHATHIR

beliau mengamalkan pengambilan sebiji multivitamin sehari
dan multivitamin pilihan beliau adalah VITALEA SHAKLEE :) :) :)


UNTUK MENDAPATKAN VITALEA ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA DI 019-6629438

Saturday, July 19, 2014

TRIMESTER KE 3 KANDUNGAN TIPS UNTUK IBU :)


Antara tips untuk 3rd trimester mommy 


  • Jangan terlalu banyak makanan berkadar garam tinggi , makanan garam tinggi ini dapat menyebabkan kejang-jekang di kaki akibat penumpukan garam yang menyumbat aliran darah di darerah kaki.
  • Jika tidur, sebaiknya ambilah mengiring , terutama mengiring ke sebelah kiri. Hal ini membantu dalam melancarkan peredaran darah ibu hamil
  • Lakukan olahraga seperti berolah raga atau berenang untuk menghindari kram-kram.
  • Hindari ibu hamil mengalami perubahan suhu tubuh yang terlalu drastik. Pada masa ini pembuluh darah ibu hamil berada pada titik kepekaan yang berlebihan sehingga menjadi sensitif. 
  • jangan tahan buang air kecil sbb akan menyebabkan infection
  • Ibu hamil lebih baik melakukan aromaterapi atau relaksasi agar jiwa dan perasaan ibu hamil tenang menghadapi masa deliver
  • Perbanyaklah istirahat untuk menyimpan tenaga tuk deliver nanti.
  • Lakukanlah urutan-urutan ringan dan lembut di kaki. 


  • NOTE : JGN LUPA AMIK VITAMIN UNTUK MEMBEKALKAN ANDA TENAGA YANG CUKUP UNTUK MENGAHADAPI PROSES KELAHIRAN :)
    UNTUK SET HAMIL SHAKLEE 



    ATAUPUN HUBUNGI SAYA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN 
    CALL/SMS /WHATSAPP : 019-6629438
    FB PAGE  : NUTRICHAIN





    RIP MH17

    tuk mangsa yg beragama islam jom kite sedekahkah al fatihah :(

    Friday, July 18, 2014

    PHYTOCOL-ST SHAKLEE

    PHYTOCOL-ST SHAKLEE ADALAH FORMULA PROPRIETARI YANG MEMBEKALKAN 2000MG FITOSTEROL SETIAP HARI


    Apakah itu fitosterol ?????

    Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) di temui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan.
    ia juga ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, sayur-sayuran dan bijiran
    Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurag 50mg stanol tumbuhan kita makan sehari

    Antara makanan pembekal fitosterol

    • lobak merah
    • roti gandum 
    • tomato


    Bagaimana Pengambilan Phytocol-st dapat membantu kesihatan saya?????

    Institut Kesihatan(NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol setiap hari bersama-sama pengambilan diet rendah lemak tepu dan rendah kolestrol bg mengawal tahap kolestrol dalam badan
     *** 2000 mg ini dibekalkan oleh phytocol-st 





    Monday, July 14, 2014

    EXCLUSIVE BREASTFEEDING FOR WORKING MOMMY

    Salam mommies semua. Mungkin ada antara mommiesyang pertama kali melalui pengalaman menyusukan bayi secara eksklusif dan kinimula bekerja setelah bercuti bersalin. Jadi mommies perlu mempunyai ilmubagaimana tips dan teknik yang penting bagi perahan susu, penyimpanan danprsediaan bagi menjamin keselesaan. 


    "Pelaksanaan yang Baik bermula dengan Ilmu"

    1) MEMERAH SUSU

    Memerah dengan tangan
    • Urut payudara perlahan-lahan, usap ke arah bawah menghala ke areola.
    • Bermula di pertengahan payudara, gerakkan ibu jari perlahan-lahan.
    • Apabila menghampiri pinggir areola, tekan ke dalam dan ke atas; susu akan memancut keluar daripada puting.
    • Ulangi gerakan ini sehingga payudara menjadi kosong, kemudian beralih ke payudara sebelah.
    Menggunakan pengepam
    Mengepam susu sepatutnya tidakmenyakitkan anda. Tetapi jika ia menyakitkan anda, cuba ubah suai sedutan padapam. Jika ini tidak berkesan, hubungi doktor atau konsultan laktasi. Letakkancorong ke dalam areola untuk membentuk pengadang kedap udara. Tarik bahagianluar corong; sedutan akan mengepam susu keluar daripada payudara.

    2) MENYIMPAN PERAHAN SUSU

    • Simpan susu di dalam jumlah yang diambil oleh ibu pada setiap kali penyusuan.
    • Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.
    • Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.
    • Jangan mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang telah disimpan.
    • Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku (bukan di bahagian pintu).
    • Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.

    3) TEMPOH SIMPANAN SUSU IBU
    • Suhu bilik sehingga 8 jam
    • Peti sejuk 24 – 48 jam 
    • Dingin beku (peti sejuk dua pintu) 3 bulan 
    • Peti sejuk beku lampau (-20°) 1 tahun

    4) MENYEDIAKAN PERAHAN SUSU IBU KEPADABAYI
    • Sentiasa gunakan susu yang paling awal disimpan.
    • Letakkan bekas perahan susu ke dalam mangkuk berisi air suam untuk memanaskan susu; jangan memasak perahan susu ibu dan jangan panaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro.
    • Lemak akan terpisah menjadi dua lapisan. Goncangkan bekas untuk menggabungkan lemak susu dengan cecair lain di dalam susu.
    • Rasa suhu susu dengan menitiskan beberapa titik susu di bahagian dalam pergelangan tangan. Ia sepatutnya suamsuam kuku.

    5) SEDIAKAN BAYI


    Sekarang tibalah masanya untukmembiasakan bayi mengambil perahan susu serta orang yang akan menjaga bayisementara anda pergi bekerja. Yang baiknya, anda boleh melakukan kedua-duanyapada waktu yang sama.

    Perahan Susu
    Mulakandengan menggantikan satu sesi penyusuan dengan perahan susu. Secara teratur,anda boleh tingkatkan penggantian sesi penyusuan sehingga 3 ke 4 kali sehari.Ia boleh dilakukan sepanjang hari sehingga tengahari. Anda boleh menyusukanbayi anda setelah pulang selepas kerja pada waktu petang.

    Penjaga Bayi
    Latihpenjaga bayi anda untuk menyusukan bayi dengan perahan susu dengan menggunakanbotol, sudu kecil atau cawan kecil. Adalah lebih baik jika bukan anda yangmemberi bayi perahan susu kerana bayi boleh menghidu perbezaannya dan mungkintidak mahu menyusu dari payudara. Ambil sedikit masa untuk memastikan penjagaanda memahami perkara-perkara seperti di bawah:
    • Bagaimana cara menyimpan perahan susu.
    • Bagaimana cara menyediakan susu untuk bayi.
    • Jangan beri bayi minum air suam, susu formula atau makanan lain selain daripada perahan susu.
    • Nombor telefon (anda dan suami) untuk dihubungi pada waktu kecemasan.

    Buat Panggilan
    • Terlebih dahulu, maklumkan majikan anda yang anda perlu memerah susu pada waktu pejabat.
    • Jika boleh, minta sebuah bilik khas untuk memudahkan anda memerah susu badan.
    • Semak sama ada terdapat peti sejuk untuk menyimpan susu yang diperah (jika tidak, bawa kotak menyimpan air batu).

    6)KEMBALI KE TEMPAT KERJA

    Tempah ruang simpanan
    Letakkansusu yang diperah ke dalam bekas dan label nama anda dengan jelas.
    Teruspulang ke rumah selepas kerja dan simpan susu ke dalam peti sejuk. Elakkandaripada pergi membeli belah dan membiarkan susu yang diperah berada di dalamkereta.

    Memerah susu
    • Perah susu sekerap yang boleh, setiap 3 hingga 4 jam untuk mengekalkan bekalan susu.
    • Cuba sesuaikan masa ini dengan waktu makan tengahari atau minum petang supaya ia tidak mengganggu kerja anda.
    • Untuk rasa tenteram sebelum memerah susu: 
    • Tarik beberapa kali nafas dalam jika anda menjadi cemas.
    • Bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri sendiri tentang kenikmatan menjadi seorang ibu.
    • Jika boleh, dengar melodi yang memberi ketenangan sebelum dan sewaktu memerah susu.

    Saturday, July 12, 2014

    PETUA ATAU CARA BOLEH MENAMBAHKAN SUSU ANDA

    Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan,badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :


    1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

    2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

    3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

    4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untukmenyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

    5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

    6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkaraberikut:
    • Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
    • Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
    • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
    • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

    7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

    8. Petua masyarakat kita:

    * Cekur Manis

    Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalamperubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. -Portal herba melur.com

    * Kacang Tanah

    Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi,vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badanibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

    * Air Longan

    Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedaiubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina,longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

    * Halba dan Jintan Hitam

    Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalammasakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba bolehdidapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan,kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuaimengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkansesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnyasahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dankaedah yang sama seperti halba

    * Bunga Melur

    Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyakdigunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakatindia. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan airsusu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampalsekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukanbayi.

    Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula,gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya danditampal pada payudara. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu.Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupayamenambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyakvitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.

    * Lobak Putih

    Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mknulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisanbawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

    * Pucuk Betik
    Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkansusu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapahelai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminumdua hingga tiga kali sehari.

    * Tuaman Daun Sirih

    Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudianlayurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukansetiap hari sehingga susu badan anda banyak

    * Jantung Pisang

    Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesanuntuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulaimasak lemak cili api.

    * Makanan Tinggi CLA

    Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugatedlinoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalamsusunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaankesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan danpengurangan risiko sakit jantung.

    Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakananini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapatimempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makanbiskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

    Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapatdalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenisdaging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin).Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakansupplement komersial.

    * Kurma

    Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurmaadalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yangmempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkanpertambahan kandungan susu


    Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

    1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
    2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
    3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – gorengatau sup.
    4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air ataugoreng.
    5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan padamakanan
    sebelum dimasak.
    6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan padaroti atau cicah pada lempeng susu beroat
    7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
    8. Barli – air atau bubur barli.
    9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
    10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
    11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dantempe.
    12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
    13. Air horlicks
    14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akanmenyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurangkalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlahkalsium ya!)
    15. Teh hijau jepun
    16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulutdan sebagainya.
    17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuksendi dan membantu penghasilan susu.
    18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum airdan kacangnye sekali.

    Friday, July 11, 2014

    TIP MENJAYAKAN PENYUSAN BAYI ANDA

    1. Kerapkan Menyusu / Mengepam 
    Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untukmenyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perahsetiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudiansambung semula sesi pemerahan susu. Percaya kepada konsep bekalan danpermintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini keranahormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.


    2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
    Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perludisusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu danapabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyaksusu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggiapabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Inibereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukanbayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperolehsusu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
      
    3. Minum Banyak AirPastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


    4. Fikir Bayi Fikir Susu
    Ketika menyusu,belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurussebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Caraini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nakmengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.


    5. Berdisiplin
    Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untukbuat stok. Bagaimana? Guna tip #6 dan #7.


    6. Tendum Pumping
    Latih diri untukmenyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpul stok.


    7. Teknik Marmet
    Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyaksusu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapidengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkanpengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong.Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dpr3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampaksikit, tapi ada beza.


    8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama
    Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan diamenyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu dibahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susuberlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelahlagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuhtetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika andamengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudarabenar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsangotak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susuyang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percayabuat. Konsisten + disiplin + istiqamah.


    9. Penyusuan Malam
    Amalan menyusukanbayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Inikerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusulebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yangmemainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


    10. Urutan
    Teknik urutanpayudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagisewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlumenuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.




    PSS::: NJUTRICHAIN ADE JUAL SET MENYUSU BAYI TUK TAMBAH SUPPLY SUSU ANDA
    PM  0196629438 OR EMAIL NUTRICHAIN@GMAIL. COM OR just KLIK LINK KAT BAWAH UNTUK PEMBELIAN TERUS DARI SISTEM ESELL SHAKLEE :)


    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9398a81b705d554c0e94ef6b2081ffd4

    Thursday, July 10, 2014

    KISAH NABI IDRIS a.s

    Didalam kisah Nabi Idris a.s beliau ialah seorang ahli ibadah hinggakan julah rakaat solatnya mencecah puluhan rakaat dalam tempoh sehari semalam. Nabi idris juga selalu berzikir dalam kesibukan nya sehari-hari. Kehebatan amalan Nabi Idris a.s yang sedemikian sangat menarik perhatian malaikat maut, Izrail. Maka bermohon lah ia kepada Allah SWT agar diperkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s di dunia. Allah SWT mengabulkan permohonan malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia menjelma sebagai seorang lelaki yang tampan, dan bertamu ke rumah Nabi Idris.

    "Assalamualaikum, wahainabiAllah" malaikat Izrail memulakan salam
    " Waalaikummussalam warahmatullah" jawab Nabi Idris a.s.

    Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahawa lelaki yang bertamu ke rumahnya ialah malaikat Izrail. Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s melayan malaikat Izrail dan ketika tiba waktu berbuka puasa, Nabi Isris a.s mengajaknya makan bersama, namun ditolak oleh malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktu beribadahnya kepada Allah sampai keesokan harinya. Semuanya tidak lepas dari perhatian malaikat Izrail. Juga ketika nabi Idris berzikir terus menerus dalam kesibukan sehari-harinya dan hanya berbicara perkara-perkara yang elok sahaja. Pada suatu hari yang cerah Nabi Idris mengajak 'tetamunya' berjalan-jalan ke sebuah kebun yang pohon-pohonya sedang berbuah ranum.

    "izinkan saya memetik buah-buahan ini untuk kita" pinta malaikat Izrail ( dengan tujuan menguji nabi Idris a.s)

    "Subhanallah" Kata Nabi Idris a.s

    "Mengapa?" Malaikat Izrail berpura-pura terkejut

    "buah-buahan ini bukan milik kita" ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian beliau berkata "Semalam anda menolak makanan yang halal kini anda menginginkan makanan yang haram" Malaikat izrail tidak menjawab, Nabi idris a.s perhatikan wajah tetamuya yang tidak berasa bersalah. Diam-diam dia tertanya-tanay tentang tetamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangannya?

    "Siapakah engkau sebenarnya?" Tanya Nabi Idris a.s

    "aku malaikat Izrail" jawab malaikat Izrail. Nabi Idris terkejut, hampir tidak percaya. Seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

    "apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku?" selidik Nabi Idris a.s

    "Tidak" senyum malaikat Izrail penuh hormat.

    "Atas izin Allah, aku sekadar menziarahimu" jawab malaikat Izrail.

    Nabi Idris sekadar terdiam dan kemudian bersuara "Aku punya keinginan kepadamu"tutur Nabi Idris a.s

    "Apakah itu? katakanlah" balas malaikat Izrail.

    "kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. lalu mintalah Allah menghidupkan aku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nyadan meningkatkan amal ibadahku" pinta Nabi Idris a.s.

    "Tampa izin Allah aku tidak akan melakukannya" kata Malaikat Izrail

    Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s Dengan izin Allah, malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s, sesudah beliau wafat. Malaikat Izrail menangis, bermohon kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah. Nabi Idris a.s hidup kembali.

    "Bagaimana rasa mati itu, sahabatku?" Tanya malaikat Izrail

    "Seribu kali lebih sakit daripada binatang hidup dilapah kulitnya" jawab Nabi Idris a.s

    "Caraku yang lemah lembut itu , baru kulakukan terhadapmu" kata malaikat Izrail.......


    **** Masyaallah , betapa berlemah lembut malaikat maut mencabut nyawa nabi Idris a.s. Bagaimana kalau sakaratul maut itu datang kepada kita? siapakah kita untuk menghadapinya...
    #Notetoself #selfreminder

    Wednesday, July 9, 2014

    ESELL MUDAH DAN SENANG ... MEH ORDER SENDIRI KALAU MALU NK PM

    WUU panjang nye tajuk...
    hehehe
    ok shaklee ade satu system dimana customer leh order sendiri pakai link kat bawah ni nnti die terus post ke alamat anda

    dgn esell anda boleh shopping guna cdt card or debit kad anda 
    ok kat bawah ni saya bagi link untuk esell dalam system saya
    JUst click kat set tu anda dah bleh start shopping 

    HOT SELLER RAMADHAN

    jom order sekarang







    SET SLIMMING

    NI ANTARA YANG ADE KAT ESELL NUTRICHAIN KALAU NK SHOPPING YANG LAIN PON BOLEH KAT SITU YER

    KALAU RASEN NK PM TANYE /ORDER  DIALU-ALUKAN 
    019-6629438
    FANPAGE : nutrichain
    E MAIL : nutrichain@gmail.com


    Tuesday, July 8, 2014

    Kepentingan iron tuk preggy mommy

    Fungsi utama iron ni tuk pembentukan sel darah baru

    penting sgt iron ni tuk preggy mommy bagi mengelakkan gejala-gejala kat bawah ni berlaku

    · Pucat, tercunggap-cunggap
    · Keletihan & kelesuan luar biasa
    · Pergerakan yang perlahan
    · Anemia ( Penyakit Kurang Darah)
    - masalah sembelit
    - tidak bermaya
    - kuku pecah (retak)


    Selain dari pembentukan darah merah terdapat fungsi lain iron ni antaranya ialah :-

    · Bantu tukar beta carotene vitamin A
    · Bantu buat kolagen ( pelekat/simen pada sel )
    · Bantu pengeluaran antibodi
    · Bantu buang lemak dalam darah
    · Bantu pembuangan toksin dalam hati


    Sumber Makanan yang kaya dengan zat besi
    1. Bijirin diperkuat dengan zat besi
    2. Serbuk koko
    3. Spirulina
    4.Makanan laut
    5. Hati ( ayam, lembu, kambing
    6. Kacang
    7. Sayuran hijau
    8. Daging
    9. Buah prun
    10. Tempeh


    saya consume vitale shaklee tuk supply iron saya:)

    Monday, July 7, 2014

    BERAPA KADAR NORMAL PERTAMBAHAN BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG

    ade banyak senariokan
    as for me anak first dulu 1st trimester berat turun due tu mabuk n muntah
    3 kg kalau tak silap

    anak no 2 die mmbesar bagai juara 
    ni mmg scary sangat banyak sgt naiknya 

    no 3 setelah ditakut2kan oleh gynea
    hehe actually gynea tu nasihat
    berat naik tapi dalam kadar terkawal *walaupun berat sgt
    hehehe=)hehehehehe
    okey sedikit info pasal tambahan berat :-

    • Jika anda kekurangan berat badan, anda perlu menambah berat badan sebanyak 12 hingga 18 kg.
    • Jika berat badan anda biasa atau normal sebelum mengandung, anda perlu menambah antara 11 ke 16 kg.
    • Jika berat badan anda berlebihan, anda hanya perlu menambah antara 7 hingga 11 kg.
    • Jika anda hamil kembar, anda perlu menambah berat badan 16 hingga 20 kg.


    NOTE: ini adalah sekadar informasi, sila rujuk gynea anda :)
    as for me ape yangpenting bagi ibu hamil adalah membekalkan nutrisi yang cukup terhadap bayi dlam kandungan...

    pss::::: nak bekalkan nutrisi utk baby boleh consume set hamil Shaklee
     pm me 019-6629438


    Friday, July 4, 2014

    Ape kata mereka :Vit E

    hYE
    aSSalaMuaLaikum

    Selamat hari jumaat

    hehe hari ni nk cerita ape kate mereka pasal vit e
    so semua orang tahu kan last month  punye promotion Vit E kan


    so nk share kat sini antara kata2 yang keluar dari customer hehee

    so last month mmg ramai ramai sangat yang grab vit e sebab promo mmg berbaloi2 kan...

    ada sorang customer ni akak ni cakap nk beli vit e
    tanya die die kate sebab lepas makan vit e die kate jeragat muka berkurang
    lg pun vit e ni tahan lame
    sebotol 120 capsule tahan 3 bulan mmg berbaloi2
    kalau kira cost per month baru berapa puluh je untuk kulit cantik :)
    pandai customer ni buat kira-kira...


    lagi sorang ni baru nk consume
    die kate hasil dari carian "google"an die hehe
    nk kulit cantik kene amik vit e
    so selepas review dari banyak kawan2 die die tertarik ngan vit e Shaklee


    ramai yang review vit e ni untuk kulit cantikkan
    actually vit e ni bukan sekadar untuk kulit je
    ade lain2 manfaat yang boleh diperolehi dari vit e ni
    antaranya ade yang gelar vit e ni sebagai vitamin CINTA sbb


    SEDIKIT FAKTA MENGENAI VIT E NI 

    Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 

    Setiap kapsul gel lembut memberikan:
    •    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
    •    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

    Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


    ade yang berminat nk consume vit e ni jangan lupa pm tuk detail price n cara nk consume k

    0196629438


    Thursday, July 3, 2014

    STRESS ANTARA MANFAAT DAN MUDARAT

    60% daripada perkara-perkara yang ditakuti adalah daripada kategori andaian persepsi dan tanggapan yang tidak berasas

    Rasullullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini " YA ALLAH AKU HARAPKAN FRAHMATMU , JANGANLAH ENGKAU SERAHKAN DIRIKU KEPADA DIRIKU SENDIRI WALAUPUN SEKELIP MATA" 
    kenapa???? sbb kita ni manusia lemah ilmu kita terbatas kudrat kita terhad... macam mana kita nk menghadapi dunia yang mencabar kalau kita bergnatung kat diri sendiri kan... Sebab tu Rasullullah SAW pesan supaya kita SERAH DAN PASRAH HATI DAN DIRI KEPADA ALLAH.... 

    STRESS BUKAN UNTUK DIHAPUS TETAPI UNTUK DIURUS 

    Drpd pakar stress terbahagi kepada 2 :-
    1. Eustress - terkawal dan membawa manfaat
    2.Distress -  berlebihan dan mmbawa mudarat


    MANFAAT STRES 
    1. Stres akibat takut gagal - kita akan bangun berusaha lebih gigih

    2. stres sebab rasa diri tiada pencapaian - kita akan memotivasikan diri untuk meraih kejayaan

    3. stres kerana rasa jahil - akan menyebabkan l=kita berusaha untuk menimba ilmu

    4. stres kerana risiko penyakit - akan menyebabkan kita berusaha mencari penawar atau mencegah


    *** manfaat- manfaat seperti di atas akan kita perolehi jika kita sentiasa bersandar pada Allah

    hidup ini tidak lari dari stres kalau kita langsung tiada stres tiadalah cabaran dalam hidup...

    Stress kah kita kalau sentiasa merasai bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita

    stres kah kita kalau kita sentiasa rasa Allah itu maha pengampu

    Stres kah kita kalau kita sedar dan tahu Allah sentiasa mengatur yang terbaik untuk hambanya

    kita tidak akan stress kalau kita sentiasa merasainya tetapi fitrah manusia, manusia ini lemah tidak sentiasa kuta iman kita nipis... jesteru kita perlu sentiasa sedarb tujuan Allah menciptakan kita untuk menjadi hamba Allah...
    kita diutuskan Rasullullah sebagai pemimpin yang mengajar kita bagaimana untuk menjadi hambaNYa. al quran dan as sunnah sebagai panduan... solat sebgai amalan
    Solat merupakna teraas pengurusan stres.. solat merupakan medan untuk kita mengadu merintih dan memohon kepada sang pencipta,,,,itulah ubat stress sebenar
     pernah kan dengar cermah ustaz mengatakan pabila Rasullullah menghadapi masalha baginda berwuduk dan mendirikan solat 2 rakaat baginda akan berdoa merintih penuh takut dah harap kepada Allah. lalu Allah turunkan sakinah(ketenangan) dalam dada nya untuk menghadapi musibah itu dengan tenang dan tabah....

    STRES HAKIKATNYA HADIAH UNTUK KITA LAKUKAN MUHASABAH DIMANA ALLAH DALAM KEHIDUPAN KITA
    :) :) :)

    sedikit dr buku soal hati ustaz pahrol :)


    Wednesday, July 2, 2014

    Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil

    hai :)
    Salam Ramadhan semua dah 4 hari kan kita berpuasa

    so hari ni nakshare tips untuk preggy mommy untuk elakkan kekurangan nutrien n elakkan kekurangan tenaga untuk supply kepada baby dalam rahim .. ok jom share sikit tips

    1. minum air banyak ketika bersahur n berbuka untuk elakkan dehidrasi...
    * lepas berbuka tu jgn lupa bawa botol air kemana-mana tuk maksimumkan pengambilan air

    2. makan makan yang memberi tenaga semasa berbuka seperti kurma dan kekacang...
    makanan seperti kurma dapat memberi tenaga berterusan walaupun setelah beberapa jam pengambilan

    3.elakkan makanan bergula bagi mengelakkan kenaikan paras gula secara mendadak

    4. banyakkan pengambilan protien seperti daging dan telur untuk pembentukan fizikal bayi didalam rahim

    5. rancang jadual anda elakkan terlalu penat atau letih

    6. kurangkan aktiviti luar untuk elakkan dehidrasi

    7. elakkan mengangkat beban yg berat * jgn shopping byk ni hehehe




    *** saya amalkan PD n ESP masa sahur... im 30 weeks n alhamdulillah rasa ok yang penting x terhidrat walaupun jadual agak padat... cubalah mana tahu anda serasi,,, leh pm no bawah ni yer tuk sebarang pertanyaan

    >>>019-6629438<<<<<

    Tuesday, July 1, 2014

    july 2014 promotion

    Wow
    wow
    wow

    best sgt promotion bulan ni 

    mesti semua dah tahu kan promotion bulan ni 
    meh nk cerita jugak kalau pun dh tahu... 



    THIS MONTH BUY 6 FREE 1 
    VIVIX



    Kebaikan Vivix Shaklee
    * Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan
    * Memelihara keseluruhan kesihatan
    * Anti oksida yang sangat baik - awet muda
    * Membantu anda merasa lebih bertenaga
    * Mengurangkan risiko kanser
    * Membantu pesakit diabetic



    Perhatian - Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan mereka yang berumur bawah 18 tahun