nuffnang

shaklee product

Thursday, July 3, 2014

STRESS ANTARA MANFAAT DAN MUDARAT

60% daripada perkara-perkara yang ditakuti adalah daripada kategori andaian persepsi dan tanggapan yang tidak berasas

Rasullullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini " YA ALLAH AKU HARAPKAN FRAHMATMU , JANGANLAH ENGKAU SERAHKAN DIRIKU KEPADA DIRIKU SENDIRI WALAUPUN SEKELIP MATA" 
kenapa???? sbb kita ni manusia lemah ilmu kita terbatas kudrat kita terhad... macam mana kita nk menghadapi dunia yang mencabar kalau kita bergnatung kat diri sendiri kan... Sebab tu Rasullullah SAW pesan supaya kita SERAH DAN PASRAH HATI DAN DIRI KEPADA ALLAH.... 

STRESS BUKAN UNTUK DIHAPUS TETAPI UNTUK DIURUS 

Drpd pakar stress terbahagi kepada 2 :-
1. Eustress - terkawal dan membawa manfaat
2.Distress -  berlebihan dan mmbawa mudarat


MANFAAT STRES 
1. Stres akibat takut gagal - kita akan bangun berusaha lebih gigih

2. stres sebab rasa diri tiada pencapaian - kita akan memotivasikan diri untuk meraih kejayaan

3. stres kerana rasa jahil - akan menyebabkan l=kita berusaha untuk menimba ilmu

4. stres kerana risiko penyakit - akan menyebabkan kita berusaha mencari penawar atau mencegah


*** manfaat- manfaat seperti di atas akan kita perolehi jika kita sentiasa bersandar pada Allah

hidup ini tidak lari dari stres kalau kita langsung tiada stres tiadalah cabaran dalam hidup...

Stress kah kita kalau sentiasa merasai bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita

stres kah kita kalau kita sentiasa rasa Allah itu maha pengampu

Stres kah kita kalau kita sedar dan tahu Allah sentiasa mengatur yang terbaik untuk hambanya

kita tidak akan stress kalau kita sentiasa merasainya tetapi fitrah manusia, manusia ini lemah tidak sentiasa kuta iman kita nipis... jesteru kita perlu sentiasa sedarb tujuan Allah menciptakan kita untuk menjadi hamba Allah...
kita diutuskan Rasullullah sebagai pemimpin yang mengajar kita bagaimana untuk menjadi hambaNYa. al quran dan as sunnah sebagai panduan... solat sebgai amalan
Solat merupakna teraas pengurusan stres.. solat merupakan medan untuk kita mengadu merintih dan memohon kepada sang pencipta,,,,itulah ubat stress sebenar
 pernah kan dengar cermah ustaz mengatakan pabila Rasullullah menghadapi masalha baginda berwuduk dan mendirikan solat 2 rakaat baginda akan berdoa merintih penuh takut dah harap kepada Allah. lalu Allah turunkan sakinah(ketenangan) dalam dada nya untuk menghadapi musibah itu dengan tenang dan tabah....

STRES HAKIKATNYA HADIAH UNTUK KITA LAKUKAN MUHASABAH DIMANA ALLAH DALAM KEHIDUPAN KITA
:) :) :)

sedikit dr buku soal hati ustaz pahrol :)


No comments:

Post a Comment