nuffnang

shaklee product

Saturday, July 12, 2014

PETUA ATAU CARA BOLEH MENAMBAHKAN SUSU ANDA

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan,badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :


1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untukmenyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkaraberikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalamperubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. -Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi,vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badanibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedaiubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina,longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalammasakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba bolehdidapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan,kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuaimengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkansesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnyasahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dankaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyakdigunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakatindia. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan airsusu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampalsekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukanbayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula,gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya danditampal pada payudara. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu.Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupayamenambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyakvitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mknulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisanbawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkansusu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapahelai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminumdua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudianlayurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukansetiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesanuntuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulaimasak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugatedlinoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalamsusunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaankesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan danpengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakananini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapatimempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makanbiskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapatdalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenisdaging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin).Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakansupplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurmaadalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yangmempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkanpertambahan kandungan susu


Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – gorengatau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air ataugoreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan padamakanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan padaroti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dantempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akanmenyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurangkalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlahkalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulutdan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuksendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum airdan kacangnye sekali.

No comments:

Post a Comment