Antara kebaikan bersahur itu ialah seperti berikut:
1- Amalan bersahur dapat memberi kekuatan kepada orang yang berpuasa pada siang hari nanti.
2- Bersahur akan mendapat pahala kerana ia adalah ibadat sunat dan menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.
3- Amalan bersahur juga yang membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam agama lain seperti Yahudi.
4- Amalan bersahur juga akan memberi peluang kepada para muslim untuk bangun beribadah kepada Allah s.w.t pada malam hari khususnya 2/3 malam.
Oleh itu janganlah kita lupa bersahur walaupun dengan beberapa biji kurma dan segelas air masak
Keutamaan Sahur
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah SAW, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
No comments:
Post a Comment